Google Search

Friday, April 24, 2009

Lumrah Kehidupan


...Aku adalah insan yang hanya mampu berserah pada takdir,tiadalah insan di muka bumi ini yang memiliki segalanya sempurna,akan tetapi nikmat yang ada bagiku hanyalah sementara,tiada yang akan membuatku gembira,tertawa,senang atau indah digambarkan bagai bunga kembang setiap masa tanpa disirami.Aku bagaikan ombak yang senantiasa memukul pantai yang tidak pernah terhenti,namun ianya berterusan,begitulah ibarat kehidupan yang penuh kehampaan,ku sedar diriku tiadalah apapa yag mampu ku berikan tapi,ku memiliki kasih sayang yang tidak ternilai terhadap insan insan di dunia ini,aku hanya mampu berserah pada yang maha esa diatas perbuatan yang kulakukan semoga kuperoleh dari Allah yang maha esa diakhirat kelak.Jelaslah,kehidupan di dunia ini tidak kekal,mengertilah wahai sahabatku,ku tahu naluri seorang insan akan tidak lari dari kesilapan,cubaan,ujian dunia,tapi ini sebenarnya adalah jalan yang membawa kita kepada kekecewaan.Bagiku,harta,kekayaan dunia tidak penting,kerana itu adalah ujian Allah semata mata.Kesenangan dunia hanyalah sementara,akan tetapi tidak bermakna itu adalah penghalang untuk kita sebagai manusia biasa untuk bersyukur terhadapnya.

Aku tahu,indah di dunia ini hanyalah seketika.Tapi,dalam hidup ini sudah menjadi hiasan alam gembira dan kecewa.ada kalanya kita sentiasa gembira,tertawa,senang dengan kehidupan.Pernahkah kamu terfikir wahai saudara@saudari ku? pabila suatu hari nanti ia menjadi abu.Allah mengurniakan hati,untuk kita penuhi dengan ilmu yang bemanafaat,Alah kurniakan kita Akar untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk,Allah kurniakan kita mata untuk melihat perkara yang baik,Allah kurniakan kita kebijaksanaan,kemudahan dalam menuntut ilmu.Pernah kah kamu terfikir ilmu yang dipelajari sepanjang kehidupan kita ini adalah datang dari mana?ternyata dari Allah,setiap apa yang kita usaha,setiap apa yang kita belajar,semuanya datang darinya yang sentiasa memberi nikmat kepada hambanya,tetapi hambanya tidak pernah terfikir tentangnya.Bersyukur lah kita,walaupun kesusahan yang ditimpa,janganlah kamu beputus asa,namun kegagalan adalah perangsang untuk kita bangkit dari kekecewaan,kegagalan yang kita alami untuk kita terus bersemangat dalam usaha mengejar kejayaan.Kejayaan itu tidak datang sendiri bagai burung disuap nasi,tapi kita perlu berusaha,tawakal,itu adalah yang penting.Saudari@saudariku,ku bukan sasterawan negara,ku menulis coretan ini hanya untuk meluahkan rasa jiwa.Susah,amat susah untuk mengharungi pahit getir kehidupan,hanya tuhan saja yang tahu,tetapi aku masih lagi bersyukur bahawa,Allah masih menyayangi ku,diriku bukannya sempurna,tapi au maih bersyukur aku masih ada peluang untuk bertaubat,aku masih ada peluang untuk beribadat,aku masih ada peluang untuk berusaha.Aku tahu dugaan dunia tidak pernah hilang,tapi diriku ingin belajar menempuh dugaan ini walaupun susah payah,tujuh lautan akan kurenang,beribu kaki akan ku tempuh untuk menggapai sekuntum bintang yang bercahaya.

Aku tahu mengapa ujian bagiku amat pedih,kadang kadang aku terfikir bahawa,itu adalah tanda pembangkit semangatku untuk terus berjuang kerana Allah.Dalam hidupku,tiadalah yang paling berharga melainkan kasih sayang antara insan,hubungan antara saudara seislam,ia adalah segalanya bagiku.Wahai teman,pernahkan engkau terluka,menderita,tersiksa,merana,ayau kecewa.Di sini ku ingin mengajak semua,janganlah kau menganggap semua itu adalah noktah bagi hidup ini,anggaplah itu sebagai tanda koma yang berhenti sketika untuk mengelakkan kita daripada terlanjur,tersalah,tersasur,terjerumus ke arah yang hampa..Kadang kadang apa yag aku usaha tidak semuanya akan ku kecapi,kadang kadang,cinta yang kucari tidak memberi kebahagiaan sepenuhnya.ku tahu sudah menjadi lumrah diciptakan oleh Allah untuk kita cinta menyintai sesama insan.Kaum Adam akan tertarik dengan kaum Hawa antara satu sama lain,tetapi kita harus ingat,bahawa cinta Allah kepada kita,.Kita sering lupa cinta Allah kepada kita adalah melebihi segalanya,itu adalah cinta hakiki.Tetapi,cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah,Cinta kepada Allah akan kekal abadi selamanya.Tak layu bunga disiram,tak layu daun dihujung mekar,pabila ia patah maka tiadalah lagi ia ada.(Nukilan by : Hafeezee09)

No comments:

Post a Comment

Jangan Bersedih Lagi