Saturday, April 25, 2009
Airmata Tidak Mampu Mengubat Segalanya
Kadang kadang kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita.Berbagai perkara yang kita buat untk mencapai apa yang kita impikan,hingga kita alpa untuk memikirkan tentang diri kita sendiri.Biarlah sebanyak manapun kita bekorban asal dapat memilikinya.Namun,semua itu bagaikan sia-sia apabila apa yang kita lakukan langsung tidak dihargai,namun dikhianati.Terasa pedihnya hati bagai hendak berkecai di penjuru cinta nestapa,tiada siapa mengerti.
Sudah puas aku mempertahankan pada cinta yang ada namun aku tidak tahan melawan rasa kecewa yang kian membara hangatnya bagai lahar yang menbakar bumi,ku menggelumpur kelecuhan akibat diriku sendiri yang mencari cinta yang tidak pasti.Bagai tidak percaya dengan wajah ayunya yang membuatku terhibur sebenarnya mempunyai racun yang berbisa,Segalanya ku silap,kerana paras rupa sang kumbang merana,dibibir mengukir janji janji manis namun apa kan daya janji hanya tinggal janji,segalanya hanya dibibir saja.Namun dihati ku aku kau panggil sayang,kau ku panggil sayang,akan tetapi siapa sebenarnya sayang?.Puaskah hatimu mempermainkan perasaan seorang lelaki sepertiku?Banggakah dirimu melukakan hati insan sepertiku?Apakah yang engkau kejar sepanjang hidupmu.Apakah cinta itu kau anggap satu permainan?tidak kusangka masih ada gadis yang sebegini rupa dimuka bumi ini.Tak sanggup ku lalui liku liku,bahang asmara ini lagi sehingga hati ini benar benar sembuh,tidak sesekali ku harap luka ini benar benar sembuh,sekurang kurangnya ada penawar yang kekal menggantikan kecacatan hati ini.
Anggaplah ini tatapan terakhir buatmu dan janganlah kau berharap agar ku kembali lagi padamu.Ku sedar slama ini hanya padamu ku serahkan segalanya,hanya padamu ku puja,tapi aku sedar apa yang ku lakukan adalah sia-sia..Sesungguhnya hati ini bagaikan hempedu pahit menjadi tawar,hati ku sudah tawar untuk menerimamu kembali.Aku tidak pernah sesekali untuk melukakan hati mana2 perempuan,Walau sejuta kali kau memohon maaf padaku dan walau sekalipun aku memaafkanmu namun tidak bererti aku akan bersama mu kembali.Anggaplah antara kita hanya sampai di sini saja.Sewaktu ku menyelam lautan cinta,tidak pernahpun kau benarkan ku timbul walaupun sketika untuk menikmati udara jiwamu,kau paksa aku walaupun kau tahu bagiku itu adalah perit bagiku.segalanya sudah berakhir
Doaku agar kau bahagia walau dimana pun kau berada.Semoga kau berjaya dalam apa jua yang kau lakukan.Cuma satu warkahku buatmu,janganlah kau kecewakan hati insan yag benar-benar menyintaimu kerana ia adalah yang paling berharga jika dibandingkan dengan cinta insan yang tidak tahu erti cinta.Aku tidak mahu ada insan lain yang turut terluka atas perbuatanmu itu.Andai kita bersua lagi anggaplah kita tidak pernah mengenali,tak sanggup ku tatap wajahmu lagi....(Nukilan by : MohdNazrulHafeez)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment