Google Search

Friday, April 24, 2009

Hari Ini Tak Mungkin Berpaling


Hari ini mungkin hari paling malang bagiku,tetapi walaupun apa jua yang menimpa ku,ku harus menerimanya dengan hati yang tabah.Jam menunjukkan tapat pukul 12.00 tengah hari,aku sedang kusyuk menumpukan pelajaranku dalam kelas tuisyen,tanpa diduga ku terima sebuah panggilan dari ibuku yang memberitahu suatu berita buruk,tiba tiba aku pun terhenti daripada memegang pen,fikiranku beralih arah,Pelbagai soalan tertanya tanya dala fikiran ku,mengapakah aku sering ditimpa dugaan sebegini,mengapakah hidup ini terlalu mengecewakan bagiku,aku tahu diriku bukannya sempurna,tidak seperti orang lain yang hidup senang dengan kesenangan harta kekayaan,namun aku terus tertanya tanya.5saat lagi masa pembelajaranku hampir tamat,tanpa ku membuang masa,lalu aku terus bergegas untuk mengejar apa yang harus aku tunaikan,harus ku lakukan tanggungjawab yang pasti akan menambahkan lagi kekecewaanku jika ku abaikan dengan mudah.Tiba masanya untuk aku lakukan sesuatu,akan tetapi aku terfikir seketika,jika aku teruskan,aku akan mendapat kesenangan,jika aku tinggalkan aku tidak mendapat apa apa.Kini tiba masanya untuk aku membuat keputusan yag bernas,tanpa ku membuag masa ,lalu aku teruskan perjuangan ku tanpa mengendahkan orang lain,biar apa orang nak kata namun ku tak endah kan,dalam perjalananku...aku terasa pahit yang tiba tiba datang.Kenapa? aku tertanya tanya,"ada saja yang cuba menghalang aku".Aku tidak mempedulikan apa apa pun,janji aku dapat mencapai impian ku,walaupun pahit,akan ku telan jua,biar setinggi gunung kinabalu,namun ia tetap tidak melunturkan semangatku untuk terus berjuang demi menegakkan Agama,bangsa dan Negara.Tepat pukul 7.00 petang,aku selesai menamatkan tanggungjawabku yang ku inginkan itu,...................bersambung((Nukilan by : Hafeezee09)

No comments:

Post a Comment

Jangan Bersedih Lagi