Manusia diciptakan oleh yang maha esa sebagai hambanya untuk beribadat kepada Alllah semata mata.Manusia diciptakan diatas muka bumi ini dengan berbagai rupa,pangkat mahupun darjat,namun itu adalah sebagai perhiasan di dunia semata mata.Disini Hafeez sekadar menulis untuk kita sama sama rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih member peluang kepada Hafeez untuk terus mengecapi gas gas Allah yang tak pernah habis,tidak pernah diminta untuk membayarnya walau apa jua sekalipun.Kawan kawan,sebenarnya Niat Hafeez untuk mengajak anda untuk bersyukur nikmat Allah,em,.lebih elok jika Hafeez berbahsa(Bahasa Klate) Fis.Fis bukannya seorang yang arif bab bab agama ni,Fis pun banyak juga yang perlu dipelajari,perlu tunjuk ajar,kita hanya mampu merancang,Allah sahaja yang menentukan.Fis menulis ini sekadar pengalaman Fis yang ada.Kalau kita lihat dunia hari ini,kita pandang,kita teliti betul betul,apa yang kita Nampak dahulu,apa yang kita ambil tahu dahulu,mestilah manusia yang diciptakan Allah diatas dunia ini kan,lepas itu,apa lagi yang kita Nampak,pastinya ciptaan ciptaannya yang tidak pernah tahu penat dan lelah melakukan kegiatan sehariannya kan.Akan tetapi kita kena pandang dari sudut yang mendalam,apakah ranting yang patah itu patah dengan sendirinya? Apakah daun yang berguguran itu gugur tanpa sebab?adakah manusia membuat sesuatu tanpa memikirkannya hingga ada yang mencapai kejayaan,kegagalan dan kekecewaan.Ini semua adalah perintah Allah,dalam alam fana ini,kita harus perhatikan setiap gerak geri kita,setiap tujuan kita,setiap benda yang kita lakukan apa niat kita sebenarnya.Sebagai contoh,kita dihantar belajar tinggi tinggi sehingga ke peringkat Ijazah la katakana,lepas tu sambung master,lastly Ph.D .Apakah tujuan kita sebenarnya belajar itu? Untuk menunjuk nunjuk? Atau untuk dihormati semata mata,ataupun untuk mengejar kekayaan dunia yang tidak pernah habis ini.Siapakah kita,kita hanya mampu berusaha,untuk mencapai kejayaan,kejayaan tidak datang dengan sendirinya,memangla sekuat mana pun kalau kita usaha,kalau tidak diizinkan Allah untuk maka tak tercapai juga impian kita.Kalau kita lihat pelajar pelajar yang tekun berusaha hingga sanggup Berjaya malam tidak tidur,walaupun tidur hanya sekejap sekejap ja,tapi pernahkah kita terfikir setiap apa yang kita belajar itu dating dari apa,pernahkah terfikir setiap apa apa fakta yang kita pelajari itu yang dapat kita ingat itu siapa yang mengizinkan,ilmu yang bermanafaat dating dari hati yang rela,ikhlas.Semua ini juga perintah Allah,kalau tidak kerana Allah,tidakkan dapat ilmu yang dipelajari.Satu lagi,keberkatan itu penting dalam kehidupan seharian,keberkatan tidak Nampak jelas.Keberkatan ini kita manusia saja yang dapat merasainya.Jika ada keberkatan,maka hidup sentiasa tenang daripada kedukaan.Sebagai manusia kita kena jaga hubungan kita dengan manusia,kena jaga hubungan dengan ibubapa,guru dan semua umat islam,dari segi berbicara,tutur kata,tingkah laku dan sebagainya itulah yang menentukan hidup kita tenang.Siapa tidak mahukan ketenangan dalam hidup?siapa tidak mahu dihormati dalam hidup,mesti mahukan,untuk dihormati kita perlu menghormati orang dahulu sebelum orang menghormati kita.Walau apa pun tanggapan orang pada kita kita jangan sesekali berbuat jahat terhadap orang lain,jangan sesekali melukakan hati seseorang.”Biar kita menderita sebab orang,jangan orang menderita sebab kita”.Adalah terbukti derita,sengsara,hampa,dan sewaktu dengannya mesti setiap manusia lalui dalam hidupnya,dugaan yang mendatang tidak pernah putus,dugaan cabaran yang ditimpa sebenarnya nikmat Allah.Adakah anda berfikir dugaan itu adalah tanda benci Allah kepada kita? Sebenarnya tidak,dugaan adalah sebagai tanda cinta Allah kepada hambanya,dugaan tidak semestinya membuatkan seseorang derita selamaya.Bagaimanakah dugaan ini tanda cinta Allah?kita sebagai manusia,kita banyak membuat dosa,tidak lari dari kesilapan samaada dengan manusia dan Allah,adalah sebagai tanda kasih saying Allah kepada manusia dengan mnimpa dugaan kepada manusia.Dugaan sebenarnya akan membuatkan manusia itu berfikir dengan lebih tajam,matang,.ia akan membuatkan manusia terfikir apakah dugaan ini sering menimpa ku?apakah Allah tidak sayangkan ku?jawapan itu tidak patut ada dalam jiwa kita sebagai hamba Allah,kita sepatutnya mengangap dugaan itu adalah untuk kebaikan kita,ujian Allah terhadap kita untuk menghapuskan dosa kita.Satu lagi,disebalik dugaan manusia mampu berubah,daripada jahat menjadi baik,daripada baik menjadi lebih baik.Itulah lumrah kehidupan.Allah ada berfirman,”Aku jadikan dunia ini sebagai penjara bagi orang beriman,dan sebagai syurga bagi orang kufur”.Bermakna ,tidak peliklah kalau di dunia ini sesiapa yang ditimpa dugaan walaupu sedikit manapun haruslah redha dan menerima dengan redha dan selalu berdoa kepada Allah agar mendapat keredhaanya.Bagi mereka yang kufur,adalah syurga,bermakna dunia menjadi tempat untuk bersuka,berseronok untuk manusia yang kufur,mereka akan mendapat balasan di dunia dan akhirat kelak.Ingatlah wahai makhluk ciptaan Allah,hidup didunia ini hanya seketika,hidup dan mati,jodoh pertemuan ditangan Allah.Maka,kita sebagai manusia seharusnya sentiasa mengingati kematian kerana ia malaikat boleh megambil nyawa manusia bila bila masa sahaja jika ia suka.Manusia yag bijak ialah manusia yang sentiasam mengingati kematian walaupun dalam keadaan sihat.Saudara@saudari,kita hendak mati bila bila masa pun boleh,namun kematian tidak mungkin diubah,dilambatkan atau dilewatkan walau sesaat.Bila tiba waktu kematian,pasti tepat pada masanya.Setakat ini saja Fiz rasa yang sekadar Fiz dapat Coretkan sekadar untuk kita sama sama muhasabah diri
Sunday, May 3, 2009
Ya Allah,Berikanlah Aku Keredhaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment