Google Search

Friday, May 15, 2009

Cara Kerja Otak


anatomiotakmanusia

Otak merupakan pengendali utama dari tubuh manusia, otak terbungkus dalam tengkorak kepala dan dilindungi oleh cairan serebospinal. Cairan ini yang berfungsi untuk melindungi otak dari berbagai gangguan baik getaran maupun benturan di kepala.

Dengan otak yang di berikan oleh yang maha kuasa kita bisa berpikir, bersosialisasi, berkomonikasi dan mengingat segala sesuatu kejadian yang telah kamu lewati.

Otak manusia lebih besar dibandingkan dengan otak hewan, beratnya kira-kira 1,4 kg dan terdiri dari 100 milyar sel saraf.

Otak terdiri atas beberapa bagian utama seperti serebrum, serebelum dan batang otak. Serebrum merupakan bagian terbesar dari otak. Beratnya sekitar 85% dari berat otak, serebrum terbagi atas dua hemisfer. Batang otak menghubungkan otak dengan sumsum tulang belakan.

Cara kerja otak manusia.

Otak bekerja sama dengan organ tubuh kita lainnya sehingga tubuh kita bisa bekerja sesuai perintahnya. Otak dan Sum-sum tulang belakang membentuk sistem syaraf pusat, kedua sistem ini bekerja sama untuk mengkoordinasikan seluruh kegiatan tubuh.

Saat anda berpikir keras cerebrum (hemisfer) berfungsi untuk mengingatnya, menganalisa, sehingga muncul ide-ide kreatif (hemisfer kanan). Untuk logika dan bicara di gunakan hemisfer kiri.

Batang otak berfungsi untuk kebutuhan-kebutuhan dasar dari organ tubuh seperti mengatur denyut jantung, bernapas, sistem pencernaan, sirkulasi darah dan merasakan kapan kita terbangun maupun tertidur.

Anatomi Otak Manusia

Batang otak terletak di bagian bawah otak berfungsi untuk sistem kendali tubuh seperti bernapas, denyut jantung, tidur dan tekanan darah.

Serebelum merupakan bagian kedua terbesar yang berfungsi untuk mengkoordinasi pergerakan otot dan mengontrol keseimbangan.

Serebrum adalah bagian terbesar dari otak yang berfungsi untuk berpikir, berbicara, mengingat, menerima sensor dan pergerakan. serebrum di bagi atas empat bagian yang masing-masing mempunyai tugas khusus.

Frontal lobe terletak di belakang kepala berfungsi untuk berpikir, belajar, emosi dan pergerakan.

Occipital lobe berfungsi untuk memproses objek atau untuk penglihatan

Pariental lobe terletak di bagian atas otak yang berfungsi untuk merasakan sensai pada tubuh seperti sentuhan, temperatur dan rasa sakit.

Temporal lobe berfungsi untuk memproses suara yang masuk dan juga daya ingat.

Left hemisphere (hemisfer kiri) atau lebih di kenal dengan otak kiri berfungsi untuk berhitung, analisa dan bahasa.

Right hemisphere (otak kanan) berfungsi untuk menghailkan pikiran-pikiran kreatif.

Fakta Makanan Seharian

..Fakta Nutrisi Makanan Seharian
Tujuan Hafeez menulis fakta nutrisi makanan seharian yang kita makan ini untuk sama sama kita amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan sihat,pemakanan sihat amat penting dalam kehidupan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan lebih sempurna dalam setiap proses metabolism & tumbesaran.Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan kita dalam mengurangkan kadar penyakit merbahaya seperti penyakit koronori arteri,jantung,peningkatan kadar kolesterol.Sayangkah anda pada setiap organ organ tubuh badan anda?? Mari kita sama sama perhatikan apa yang kita makan seharian,adakah kita mengamalkan pemakanan nutirisi yang sihat atau tidak,..dibawah adalah senarai makanan seharian yang ada di Malaysia,juga terdapat makanan tradisional.



Makanan : Rutin












1 Nasi putih (satu setengah cawan) 260 kalori
2 Nasi lemak bersambal (sepinggan) 400 kalori
3 Nasi goreng bertelur (sepinggan) 635 kalori
4 Nasi briyani berayam (sepinggan) 880 kalori
5 Nasi minyak kosong (sepinggan) 445 kalori
6 Nasi ayam kosong (sepinggan) 300 kalori
7 Mee goreng kosong (sepinggan) 660 kalori
8 Mee sup (semangkuk) 380 kalori
9 Mee hoon goreng (sepinggan) 550 kalori
10 Roti putih (2 keping) 156 kalori
11 Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) 200 kalori



Makanan : Lauk Pauk













1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori



Makanan : Kuih Muih













1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Makanan : Segera















1.Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Makanan : Buah Buahan














1.Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Wednesday, May 13, 2009

Coretan Hati Seorang Insan

Assalamualaikum..
Aku tak tahu apa yang ingin ku luahkan. Aku tak tahu bagaimana ingin ku nyatakan agar dia memahami segala rasa di hati ini. Sudah puas ku menahan rasa rindu di hati, namun ternyata aku tidak berdaya mengawal rasa rindu ini. Semakin ku cuba menahannya, semakin terseksa rasa di jiwa ini. Aku hanyalah insan biasa, mengharapkan setitis kasih dan seberkas sinar buat kehidupanku. Bertahun-tahun aku hidup di muka bumi ini namun airmatalah yang menjadi peneman yang setia tatkala hatiku sayu mengenangkan nasib diri yang sentiasa dirundung malang. Namun, aku tidak pernah menyesali dengan apa yang telah terjadi. Ini kerana, semuanya itu mengajar ku erti kehidupan. Namun, aku masih berharap agar sinar kebahagiaan itu kan tiba dalam hidup ku. Aku ingin mengecapi indahnya dunia ini sebelum malaikat maut datang untuk menjemput ku pulang..

Kini, aku hampir temui kebahagiaan itu namun aku tidak pasti sejauh mana kebahagiaan itu kan bersamaku. Aku cuba sedaya yang ada untuk menjadikan kebahgiaan itu terus bersama ku namun apalah daya ku, bertepuk sebelah tangan mana mungkin kan berbunyi.. Aku menyayanginya lebih dari aku menyayangi diriku sendiri. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik buatnya namun dari sudut matanya aku mengerti bahawa segala yang ku lakukan hanyalah sia-sia. Apa lagi yang harus ku lakukan agar dia memahami dan mengerti akan kesungguhan kata-kata ku padanya. Salahkah aku sekiranya aku memasang impian untuk hidup bersamanya. Dari dulu aku menginginkan seorang insan bernama wanita berada di sampingku. Aku tidak berharap yang sempurna, cukuplah dia benar-benar buat aku terasa sempurna setiap kali bersamanya. Aku tidak meminta seorang wanita yang cantik, cukuplah sekadar sedap mata bila memandang. Aku hanya inginkan ketulusan dan keikhlasan hatinya untuk ku jadikan sandaran tatkala ku mengejar kebahagiaan yang di impikan oleh setiap insan..

Aku sedar akan kekurangan diri ini, hidup dalam keadaan yang serba tiada. Merintih sepi seorang diri, tiada siapa yang mengerti akan kesunyian hidup ini. Walau bibirku sering mengukirkan senyuman namun sebenarnya jauh di sudut hatiku menangis. Aku cuba untuk mencari sesuatu yang bisa melupakan aku pada sengsara itu namun aku tidak jua berdaya menemuinya. Aku cuba padatkan jadual tugasan harianku dengan harapan aku dapat melupakan seketika penderitaan itu namun aku tetap tidak berdaya melupakannya.

Aku inginkan perhatian dan belaian darinya. Aku cuba untuk membuat agar dia memahami namun dia tidak pernah memahami apa yang aku inginkan. Aku tahu, dia juga menyayangi ku dan menyintai ku. Namun, aku tidak tahu sejauh mana ketulusan hatinya pada ku. Bukan niat aku untuk mempertikaikan kejujurannya, namun aku tidak pasti sama ada dia benar-benar dapat menerimaku dengan sepenuh hatinya kerana aku bukanlah seorang yang sempurna dan seorang insan yang hidup dalam serba yang ada. Namun, seandainya dia dapat menerimaku seadanya diriku, itulah salah satunya yang membuat aku terasa bahagia. Terasa bahagia bila diri dihargai..

Sayang..
Andai sayang terbaca coretan ini, maafkanlah abang andai hati sayang terluka. Tiada niat di hati abang untuk melukakan hati sayang. Abang tiada tempat untuk meluahkan, di sinilah satu-satunya tempat abang luahkan apa yang dirasa. Abang tidak pernah memaksa sayang untuk menerima abang. Namun, sekali sayang menerima abang, sejuta kali abang kan setia pada sayang. Abang akui, abang teramat menyayangi dan menyintai sayang. Hanya itu yang termampu untuk abang katakan. Untuk menjadikan ianya lebih bermakna hanyalah terletak pada sayang sendiri, sama ada sayang ingin menghargainya atau sekadar membiarkan ianya berlalu bersama angin bayu yang bertiup pergi..
Sesungguhnya abang hanyalah sekadar seorang insan...

Friday, May 8, 2009

Keajaiban otak manusia




Dua tahun lalu saya ada membuat satu artikel yang berkaitan dengan Perihal Otak manusia,namun artikel itu hanya digunakan sebagai baham bacaan tambahan di Sekolah lama saya.Itupun atas permintaan dari Alumni sekolah saya,sebab saya sebenarnya pada ketika itu tidak berapa minat dalam penulisan Ilmiah tapi lebih menjurus kepada penulisan Novel kerana terlalu meminati Faisal Tehrani dan Dr HM Tuah.

Pada minggu lepasa saya balik ke rumah saya dan saya terjumpa kembali artikel yang saya tulis dua tahun dulu,erm…bagus juga kalau saya olah balik artikel ini dan pos ke dalam blog saya fakir saya.Erm…saya dah banyak mengarut ini,tanpa membuang masa lagi hayatilah artikel saya mengenai ‘KEAJAIBAN OTAK’.

Akal terletak pada otak,akal juga yang membezakan antara manusia dan binatang.Tapi tahukah anda semua bahawa otak manusia mempunyai 10 hingga 15 billion neuron.Jumlah ini melebihi 2 kali ganda seluruh penduduk Dunia!!!PELIK TAPI BENAR,eh!!Bunyinya macam rancangan PELIK TAPI BENAR yang sering keudara di siaran radio Ria,Singapura.Saya selalu mendengar siaran tersebut jika saya pulang ke Johor Bahru,seronok namun kadang-kadang menakutkan.La…..melalut lagi saya ni,meh kita merungkai keajaiban otak yang seterusnya.Disamping neuron,terdapat juga synaps didalam otak manusia.Synaps berfungsi sebagai penghubung antara neuron-neuron yang ada dalam otak manusia.Jumlah synaps itulah yang menentukan tahap kecerdasan otak kita.Jumlah synaps dalam otak kita biasanya berjumlah 10 trilion,tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum..

Baiklah mari kita lihat apa yang ada dalam otak serta lihat dan akui –keajaiban-keajaibannya….Berat otak lebih kurang 1.5 KG iaitu 1/40 berat badan kita.Kalau anfa tak percaya cuba timbang badan anda kemudian timabang kepala anda pula.(walaupun caranya macam kelakar,tapi itu satu cubaan yang baik bukan?).

Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak reptilian.Pulsa saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(rujukan:Heimler dan Lockard).Otak Neocartex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kanan dan otak kiri.Otak kanan adalah otak artistic manakala otak kiri adalah otak logic.Selain daripada itu,dalam otak kita mempunyai neuron,apa itu neuron?Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung diantara satu sama lain untuk melakukan denyutan sadaf dan melakukan proses membuat maklumat diantara satu neuron dengan neurin yang lain.keajaiban otak ini juga telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

[32.9] Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dr Roger Sperry dari Institusi Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori bahawa otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan sehingga kini hanyalah baru menggunakan 10% daripada poternsi otak,lagi 90% menunggu untuk dikembangkan.Saya nak bertanya pada anda semua bagaimanakah kalau kita semua dapat menggunakan keseluruhan potensi kita??Dan adakah ia mustahil untuk direalitikan?Saya secara peribadi mengatakan tidak mustahil kita boleh mencapai tahap sedemikian,tapi persoalannya disini ialah bila dan siapa yang layak jadi sepintar itu?Anda?Jika anda mengatakan anda boleh maka dalam diri anda mempunyai potensi dan motivasi untuk menggapai kemustahilan itu.

Selain dari itu,otak juga boleh dikembangkan melalui ransangan bersepadu otak yang menyeluruh.Analoginya begini:Apabila kita melihat rakan kita makan aiskrim dengan selera sekali hingga menjilat-jilat jari pasti minda dan nafsu kita akan teransang untuk membelinya,walaupun kita tidak mencukupi wang untuk membelinya.Betul tak?

Otak juga begitu,otak perlukan ransangan untuk dikembangkan.Anda semua pasti tertanya-tanya bagaimana untuk meransangnya?Menurut Dr Tuah perkara ini boleh dilakukan dengan menceburi lebih dari satu bidang dalam hidup kita semua>Dan lebih baik jika bidang tersebut tidak kaitan langsung dan berbeza sekali antara satu sama lain.Misalnya jika anda mengambil course creative multimedia,cuba anda belajar/membaca subjek perubatan atau bidang agama yang berkaitan dengan hafalan atau yang berkiatan dengan penanalisaan.Jika proses ini berlangsung dengan berterusan InsyaAllah ia akan meransang otak kita.Dan perkara ini telah penulis lakukan dan Alhamdulilah ia membuahkan hasil.Pada permulaannaya anda akan berasa janggal dan membebankan minda anda,tapi anda akan merasa betapa nikmatnya jika anda dapat menguasai banyak perkara dan otak anda akan lebih kreatif dan kritis.

Didalam subjek management yang saya pelajari terdapat sub topic yang berkitan dengan pengkhususan kerja.Kesan dari pengkhususan kerja pada mulanya ia akan menyebabkan produktiviti kita meningkat tapi lama kelamaan ia akan menyebabkan produktiviti merosot.Kenapa ia merosot kerana kebosanan melakukan perkara yang sama dan disebabkan kebosanan itu kita akan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sambil lewa.Begitu jugalah dengan otak kita,jika kita hanya menumpukan pada satu bidang/penulisan/subjek ia akan menyebabkan kita bodoh dalam bidang lain dan kita akan merasa bosan dengan apa yang kita lakukan seharian dalam hidup kita.Dan kemungkinan kita akan mengalami satu penyakit otak yang dinamakan dengan nama Alzheimer kerana membazirkan peranan otaknya yang lain.

Saya ambil contoh Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi,umurnya sudah mencecah 82 tahun namun mindanya tetap berfungsi dengan baik dan semakin hebat.Mindanya seakan barang antic yang kita sedia maklum semakin lama semakin mahal harganya.Hairan bukan,bagaimana beliau boleh jadi begitu.Antara sebab paling nyata ialah beliau bukan sahaja mahir dalam bidang Agama malahan beliau juga mahir dalam bidang ekonomi(lihat Kitab Feqh Zakat),bidang perubatan(lihat fatwa beliau dalam bidang perubatan),dan beliau bukan sahaja tahu berbahasa arab tapi juga bahasa English dan sekarang pun masih tidak jemu2 menulis dalam pelbagai lapangan bidang.Boleh saya katakana bahawa beliau menggunakan seomptimum mungkin potensi minda nya dan beliau tidak berhenti untuk sentiasa berfikir.Dan kalau kita lihat didalam Quran Allah sentiasa mengingatkan kita perihal berfikir.Dan inilah yang perlu kita lakukan dalam seharian hidup kita iaitu sentiasa berfkir dan terus berfikir.

Dan akhir sekali ingin menyatakan bahawa otak adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNYA.Dan disini juga saya menyediakan beberapa fakta sains dan kata-kata hikmah yang boleh dijadikan panduan kita semua.

* glukosa membangkitkan 20/25 watt elektrik yang membolehkan otak kita berfungsi.Otak menggunakan 2/3 daripada keseluruhan glukosa dalam badan-[Dr Roger B Yepsen dalam bukunya “how to boots your brain power”
* Tenaga untuk belajar terpancar melalui ketenangan,sebelum belajar letakkan minda dalam wadah bersedia dan mood yang baik dan positif.(kata-kata hkmah)
* Otak memerlukan 20% pada jumlah oksigen yang diperlukan oleh setiap badan.Setiap 5 minit lebih kurang 1 pain darah mengalir kedalam otak.
* The only educated man is the one who has learned how to learn.( kata-kata hkmah)

Orang yang gagal ialah orang yang tidak laksanakan sesuatu tugas dengan mengikuti rancangan yang telah dirancangkannya.

Sunday, May 3, 2009

Ya Allah,Berikanlah Aku Keredhaan

Manusia diciptakan oleh yang maha esa sebagai hambanya untuk beribadat kepada Alllah semata mata.Manusia diciptakan diatas muka bumi ini dengan berbagai rupa,pangkat mahupun darjat,namun itu adalah sebagai perhiasan di dunia semata mata.Disini Hafeez sekadar menulis untuk kita sama sama rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih member peluang kepada Hafeez untuk terus mengecapi gas gas Allah yang tak pernah habis,tidak pernah diminta untuk membayarnya walau apa jua sekalipun.Kawan kawan,sebenarnya Niat Hafeez untuk mengajak anda untuk bersyukur nikmat Allah,em,.lebih elok jika Hafeez berbahsa(Bahasa Klate) Fis.Fis bukannya seorang yang arif bab bab agama ni,Fis pun banyak juga yang perlu dipelajari,perlu tunjuk ajar,kita hanya mampu merancang,Allah sahaja yang menentukan.Fis menulis ini sekadar pengalaman Fis yang ada.Kalau kita lihat dunia hari ini,kita pandang,kita teliti betul betul,apa yang kita Nampak dahulu,apa yang kita ambil tahu dahulu,mestilah manusia yang diciptakan Allah diatas dunia ini kan,lepas itu,apa lagi yang kita Nampak,pastinya ciptaan ciptaannya yang tidak pernah tahu penat dan lelah melakukan kegiatan sehariannya kan.Akan tetapi kita kena pandang dari sudut yang mendalam,apakah ranting yang patah itu patah dengan sendirinya? Apakah daun yang berguguran itu gugur tanpa sebab?adakah manusia membuat sesuatu tanpa memikirkannya hingga ada yang mencapai kejayaan,kegagalan dan kekecewaan.Ini semua adalah perintah Allah,dalam alam fana ini,kita harus perhatikan setiap gerak geri kita,setiap tujuan kita,setiap benda yang kita lakukan apa niat kita sebenarnya.Sebagai contoh,kita dihantar belajar tinggi tinggi sehingga ke peringkat Ijazah la katakana,lepas tu sambung master,lastly Ph.D .Apakah tujuan kita sebenarnya belajar itu? Untuk menunjuk nunjuk? Atau untuk dihormati semata mata,ataupun untuk mengejar kekayaan dunia yang tidak pernah habis ini.Siapakah kita,kita hanya mampu berusaha,untuk mencapai kejayaan,kejayaan tidak datang dengan sendirinya,memangla sekuat mana pun kalau kita usaha,kalau tidak diizinkan Allah untuk maka tak tercapai juga impian kita.Kalau kita lihat pelajar pelajar yang tekun berusaha hingga sanggup Berjaya malam tidak tidur,walaupun tidur hanya sekejap sekejap ja,tapi pernahkah kita terfikir setiap apa yang kita belajar itu dating dari apa,pernahkah terfikir setiap apa apa fakta yang kita pelajari itu yang dapat kita ingat itu siapa yang mengizinkan,ilmu yang bermanafaat dating dari hati yang rela,ikhlas.Semua ini juga perintah Allah,kalau tidak kerana Allah,tidakkan dapat ilmu yang dipelajari.Satu lagi,keberkatan itu penting dalam kehidupan seharian,keberkatan tidak Nampak jelas.Keberkatan ini kita manusia saja yang dapat merasainya.Jika ada keberkatan,maka hidup sentiasa tenang daripada kedukaan.Sebagai manusia kita kena jaga hubungan kita dengan manusia,kena jaga hubungan dengan ibubapa,guru dan semua umat islam,dari segi berbicara,tutur kata,tingkah laku dan sebagainya itulah yang menentukan hidup kita tenang.Siapa tidak mahukan ketenangan dalam hidup?siapa tidak mahu dihormati dalam hidup,mesti mahukan,untuk dihormati kita perlu menghormati orang dahulu sebelum orang menghormati kita.Walau apa pun tanggapan orang pada kita kita jangan sesekali berbuat jahat terhadap orang lain,jangan sesekali melukakan hati seseorang.”Biar kita menderita sebab orang,jangan orang menderita sebab kita”.Adalah terbukti derita,sengsara,hampa,dan sewaktu dengannya mesti setiap manusia lalui dalam hidupnya,dugaan yang mendatang tidak pernah putus,dugaan cabaran yang ditimpa sebenarnya nikmat Allah.Adakah anda berfikir dugaan itu adalah tanda benci Allah kepada kita? Sebenarnya tidak,dugaan adalah sebagai tanda cinta Allah kepada hambanya,dugaan tidak semestinya membuatkan seseorang derita selamaya.Bagaimanakah dugaan ini tanda cinta Allah?kita sebagai manusia,kita banyak membuat dosa,tidak lari dari kesilapan samaada dengan manusia dan Allah,adalah sebagai tanda kasih saying Allah kepada manusia dengan mnimpa dugaan kepada manusia.Dugaan sebenarnya akan membuatkan manusia itu berfikir dengan lebih tajam,matang,.ia akan membuatkan manusia terfikir apakah dugaan ini sering menimpa ku?apakah Allah tidak sayangkan ku?jawapan itu tidak patut ada dalam jiwa kita sebagai hamba Allah,kita sepatutnya mengangap dugaan itu adalah untuk kebaikan kita,ujian Allah terhadap kita untuk menghapuskan dosa kita.Satu lagi,disebalik dugaan manusia mampu berubah,daripada jahat menjadi baik,daripada baik menjadi lebih baik.Itulah lumrah kehidupan.Allah ada berfirman,”Aku jadikan dunia ini sebagai penjara bagi orang beriman,dan sebagai syurga bagi orang kufur”.Bermakna ,tidak peliklah kalau di dunia ini sesiapa yang ditimpa dugaan walaupu sedikit manapun haruslah redha dan menerima dengan redha dan selalu berdoa kepada Allah agar mendapat keredhaanya.Bagi mereka yang kufur,adalah syurga,bermakna dunia menjadi tempat untuk bersuka,berseronok untuk manusia yang kufur,mereka akan mendapat balasan di dunia dan akhirat kelak.Ingatlah wahai makhluk ciptaan Allah,hidup didunia ini hanya seketika,hidup dan mati,jodoh pertemuan ditangan Allah.Maka,kita sebagai manusia seharusnya sentiasa mengingati kematian kerana ia malaikat boleh megambil nyawa manusia bila bila masa sahaja jika ia suka.Manusia yag bijak ialah manusia yang sentiasam mengingati kematian walaupun dalam keadaan sihat.Saudara@saudari,kita hendak mati bila bila masa pun boleh,namun kematian tidak mungkin diubah,dilambatkan atau dilewatkan walau sesaat.Bila tiba waktu kematian,pasti tepat pada masanya.Setakat ini saja Fiz rasa yang sekadar Fiz dapat Coretkan sekadar untuk kita sama sama muhasabah diri

Friday, May 1, 2009

Sang Sampan Dicengkam Sang Kayu

Kerana ia sang sampan yag tak penah menyentuh lautan,tak mengenali erti kebasahan,ke lautan kepantaian,dan ketasikan,kenapa ia tidak sesekali telintas di lubuk naluri untuk merasa air yang luas,tatkala di lapik dengan kayu yang tidak berhati perut.Janganlah biarkan diriku menderita sepanjang hayatku,kerana ia aku terpaksa berada selama masa berlalu,tahun berganti tahun,masa berganti masa,tidak pernah mengenali erti penat,tidak pernah mengenali bosan,kerana ia sang sampan yang redha,ku tahu walaupun sesiapa yang mengubah hidupku dari berada di atas kayu yang tak pernah tahu erti lelah,penat untuk bertahan.Walau seribu tahun ku bertahan,apakah yang ada perubahan pada diriku,dari segi fizikal dan chemikal,ku tahu didi ini perlu berusaha untuk mencapai kejayaan.Kejayaan tidak mendatangkan usaha gigih dariku.Namun,apakah harus untuk ku ubah hudupku ini.Jika aku berbuat sesuatu,apakah mungkin mampu aku berbuat sesuatu?apa harus aku lakukan,aku tidak mempunyai mulut,aku tidak mempunyai deria untuk ku bersuara,ternyata aku mampu mengharapkan sang kayu yang tidak pernah tahu erti penat untuk memegangku.Kekuatan,semangat yang ada tidak pernah luntur,namun itu tidak bermakna semangatku itu akn meneruskannya untuk berjuang walaupun angin yang memukul,ribut yang melanda,namun semangatnya tidak luntur jua.

Jangan Bersedih Lagi